Yaa Rasul
Bila aku tak suka pada rasa makananku, aku teringat padamu, baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada sekeliling perutnya untuk menahan lapar.

Bila aku merasa pakaianku cuma sedikit, aku teringat padamu baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya.

Bila aku merasa tidak nyaman akan tempat pembaringanku,
aku teringat padamu, baginda Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya.

Apabila aku menjadi begitu takut untuk memberi dan berbagi dengan orang lain, aku teringat padamu baginda Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga tidak memiliki apa-apa untuk dirinya.

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat padamu Baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, itu menaikkan semangatku

Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat padamu baginda Muhammad ﷺ yang senantiasa memaafkan siapa saja yg berbuat jahat padanya.

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat padamu baginda Muhammad ﷺ yang senantiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya.

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat padamu baginda Muhammad ﷺ yang mengingatkanku bahwa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT.

Bila tidak ada yang menyayangi aku, aku teringat padamu baginda
Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu.

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidupku, aku teringat padamu Baginda Muhammad ﷺ yang menempuh segala kesusahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatNya yg dicintai & dan itu bagai spirit positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya Habibullah

Shalawat dan salam atas Baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman. Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam. Syafaatilah aku di akhirat nanti. Aamiin …

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya padamu Ya Habiballah.—-Ust. Agus Muhajir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *